Kisah Tak Cukup Masa
Posted: 25 Feb 2009 10:37 AM PST
Minggu lepas saya tertekan sangat sebab tak cukup masa untuk online. Geram sebab masa kerja saya dari 9 pagi sampai ke 4 petang cuma digunakan untuk menjaga anak saudara berumur 5 bulan dengan kakaknya yang berumur 1 tahun 6 bulan. Dah jadi macam orang gaji yang tak bergaji. Aduhh..tak dapat buat kerja, means tak ada sumber pendapatan!
Dek kerana kegeraman itu, timbul tekanan-tekanan halus di minda saya. Kali ni saya kongsikan satu kisah benar. Fikiran kita berkuasa menarik situasi-situasi serupa dengan apa yang kita fokuskan tak kira ia situasi positif atau situasi negatif. Saya akan explain cemana proses tu berlaku. Beberapa hari lalu, fikiran saya memfokus pada rasa geram sebab sepanjang 7 hari dalam seminggu, masa kerja saya habis digunakan untuk perkara yang bagi saya tak mendatangkan hasil.
Semua perkara tu saya buat atas dasar tanggungjawab, lagipun saya bekerja menggunakan laptop dan internet di rumah. Kekadang saya buat kerja di ruang tamu, dalam bilik tidur, di bawah rumah, sometime di ruang meja makan.
Dah start nak menaip artikel dan membuka Firefox untuk melayari internet, nama saya dipanggil menolong buat itu ini. Hilang idea jadinya. Kemudian, baby merengek minta di ayun, lepas itu kena jagakan anak saudara sulung yang lincah. Macam jadi pak guard saya melayan karenahnya.
Pendek kata, walaupun laptop saya on dari 9 pagi sampai ke 4 petang, langsung tak dapat buat satu apa kerja. Asyik jaga baby dan seorang budak kecil saja!
Kesannya, saya bertambah geram. Banyak tugasan tertangguh termasuk artikel-artikel yang perlu dihantar pada beberapa klien untuk saya mendapat bayaran.
Akhirnya, dek kerana geram, fokus saya hilang! Saya hanya dapat buat kerja selepas waktu makan malam, itupun ketika kedua-dua anak saudara tu dah tidur nyenyak.
Sedangkan, saya pun kena masuk tidur jam 11 malam sebab kena bangun seawal jam 5 pagi untuk latihan. Maknanya, hanya ada 2 jam untuk siapkan kerja-kerja tertangguh.
Kemudian, saya dimunculkan dengan beberapa situasi yang membuat saya semakin geram. Situasi pertama, laptop saya tiba-tiba di masuki virus. Virus itu dah mengawal registry hingga menyebabkan laptop saya jadi lambat, slow lagi menyelowkan.
Selepas itu, rim basikal lumba kepunyaan saya rosak dilanggar oleh basikal anak jiran kami. Ketika itu, adik bongsu saya bawa basikal tu jalan-jalan selepas waktu sekolah, mungkin sengaja di langgar dengan laju sebab rim rosak habis hingga terpaksa dibuang. Rim depan pula jadi bengkok. Apa-apun, saya tekad tak nak fikir lagi hal tu, sebab ia dah terjadi.
Dua benda penting dalam hidup saya kini kurang stabil - basikal lumba jenis hybrid yang rim depan dan rim belakangnya tak boleh digunakan lagi juga laptop kecil yang kena diformat semula sebab dimasuki program virus. Makin bertambah-tambah geram saya. Tak dapat buat kerja, tak dapat guna basikal untuk training.
Kena tunggu beberapa hari (mungkin beberapa minggu) untuk dapat guna rim aloy yang baru. Selepas itu, kena peruntukkan masa untuk memformat laptop, sebab masa saya habis digunakan menjaga dua orang anak saudara. Itulah cabarannya. Hanya masa yang menjadi cabaran, kelengkapan dah ada.
Then, saya buat kesimpulan. Semua situasi menggeramkan dan menstresskan itu muncul kerana fikiran saya memfokus pada rasa geram. Next time, bila masuk waktu kerja, saya tak nak kerja di rumah. Umur dah masuk 28 tahun, mana boleh tak ada kerja. Lagpun, saya ada matlamat nak dicapai.
Jika bekerja di rumah sendiri yang bebas dari budak-budak kecil, itu boleh. Saya dah explain pada family. Cabaran paling utama, sekarang adik perempuan saya kena cari pembantu rumah, jika tidak sudah tentu saya tak akan dapat memfokus pada kerja sendiri. Jika di lihat dari aspek lain, macam dia dan suaminya ambik kesempatan pula atas masa kerja saya sebab saya bekerja di rumah.
Jika berlarutan begini, sudah tentu saya tak ada duit nak beli keperluan dan apa-apa yang saya mahukan. Income saya jatuh teruk sejak Disember 2008 hanya kerana waktu kerja saya banyak terganggu.
Akibatnya, makin lama, makin tertekan. Begitulah situasi saya, Anda akan faham cemana jika Anda bekerja sendiri dari rumah, sudah tentu senang untuk menjadi ‘mangsa’ disuruh-suruh.
Namun, saya dapat mengawal diri dan dapat mengawal emosi dari jatuh ke perangakap fikiran negatif. Syukur alhamdulillah, amalan beristighfar dan bersyukur benar-benar membuat saya bangkit semula, bermotivasi semula. Masalah rim basikal yang rosak dan laptop dimasuki program virus, bagi saya itu hanya sementara.
Akhir kata, berhati-hatilah dengan emosi Anda, terutama apa yang berada di fikiran. Jika fikiran Anda asyik memfokus pada rasa geram atau marah, Anda akan ditemukan dengan banyak lagi situasi-situasi yang membuat Anda semakin geram, semakin marah dalam masa yang singkat. Jangan biarkan kesilapan saya berlaku pula pada Anda. Jadi, apa pengajaran yang Anda dapat dari kisah benar saya?
No comments:
Post a Comment