Jenis orang ketiga yang patut Anda jauhi adalah orang yang asyik bertangguh. Bukan sekali dua dia bertangguh, tapi dah banyak kali, dari dulu sampai le sekarang. Mengapa Anda patut jauhi orang camni? Kesan yang paling kerap berlaku, Anda akan susah dek sikapnya itu. Kekadang, Anda juga akan turut disalahkan sama jika sesuatu hal berlaku, atau sesuatu masalah timbul secara tiba-tiba.
Bukan bermakna kena jauhi habis, tapi jarang-jarangkan diri dekat dengannya. Aura positif Anda akan diracuni oleh sinar aura sikap bertangguh yang terbit dari badannya. Anda akan terikut-ikut, melainkan Anda ada pendirian sendiri dan tetap berdisiplin dalam apa jua yang Anda sedang usahakan.
Jika dia tidak bertangguh dengan cara bijak tapi asyik bertangguh tanpma membuat apa-apa nota peringatan (reminder) Anda kena hati-hati. Dalam dunia bisnes, orang camni adalah bakteria yang mungkin boleh menjangkiti sesiapa saja kerana cakapannya boleh mempengaruhi orang lain. Usahawan yang suka bertangguh, akan mempengaruhi usahawan lain supaya bertangguh sepertinya.
Sama juga dalam dunia pekerjaan (di mana ramai orang bekerja suka bertangguh). Seorang pekerja yang suka bertangguh akan mempengaruhi orang lain supaya bertangguh sepertinya. Alasannya, awal lagi, tak penting atau kerja tu boleh buat di masa lain, relaks dulu sekarang ini. Orang yang suka bertangguh maknanya memandang sesuatu yang penting sebagai tak penting. Jika orang sebegini ada berhampiran dengan Anda, hati-hati.
Klik Sekali Jer !
check in sini dulu
Sunday, March 15, 2009
5 Jenis Orang Yang Patut Anda Jauhi Part 3
Labels:
motivation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment